Mengenali Saya.....

My photo
Apa Khabar dan selamat datang ke blog saya. Saya mencari kaedah perubatan semulajadi untuk membantu saya merawat dan menjaga kesihatan secara optimum. Saya ingin terus menghargai waktu yang ada bersama keluarga. Saya menjadi lebih tertekan terutamanya selepas saya disahkan menghidap Kencing manis, Darah Tinggi dan Kolesterol tinggi. Para doktor dengan selamba mengelarnya "Do Re Mi" . Lucu mendengar bagaimana penyakit saya dirujuk oleh para ahli kesihatan. Saya diberi berbagai jenis ubatan untuk dimakan setiap hari. Beratur dan Mengunjungi hospital telah menjadi rutin bulanan saya Namun apa yang dikesalkan adalah mengetahui bahawa ubat-ubatan ini mempunyai kesan samping. Diharapkan paparan didalam blog ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai pengalaman saya dan memberi anda peluang mengetahui secara lebih mendalam alternatif untuk menjaga kesihatan anda. selamat membace dan moga kesihatan anda akan mejadi sempurna.

Semua Soalan di Jawab







1. Apakah itu sel stem?

Sel stem adalah sel yang mempunyai kebolehan untuk menggandakan strukturnya tanpa had dan berupaya untuk menjadi sel mana-mana organ dan tisu badan. Sel stem embrionik adalah sel yang di ekstrak daripada blastula, iaitu sel embrio yang paling awal, yang mempunyai kebolehan hebat untuk menggandakan diri ke vitro, dalam tiub ujian, dan berupaya untuk menjadi hampir kesemua tisu. Sel stem dewasa adalah sel yang mampu di dapati dalam organisma selepas kelahiran. Sehinga akhir-akhir ini, sel stem dewasa dipercayai hanya mampu menjadi sel darah, tulang dan tisu penghubung. Tetapi akibat kajian terkini yang telah dilakukan sejak 5 tahun lepas telah menemui kebolehan sel stem dewasa yang mampu bertindak seperti sel stem embrionik.









2. Apakah itu Teori Pembaharuan sel stem?

Teori Pembaharuan sel stem mencadangkan yang sel stem secara semulajadinya dilepaskan oleh sumsum tulang dan bergerak ke tisu melalui saluran darah untuk menggalakan proses semulajadi pembaharuan sel badan. Apabila sesebuah organ dikerah untuk melakukan proses pembaharuan, seperti proses penuaan semulajadi, organ ini akan melepaskan kompaun yang akan membuat sumsum tulang mengeluarkan sel stem. Organ ini juga melepaskan kompaun yang menarik sel stem kearah organ tersebut. Sel stem yang dikeluarkan akan mengikut kepekatan gradien oleh kompaun-kompaun ini dan meninggalkan aliran darah untuk berpindah kepada organ dimana mereka akan berkembang dan dibahagikan untuk menjadi sel organ tersebut lantas membantu proses pembaharuan semulajadi.

3. Kenapa kita selalu dengar tentang sel stem embrionik berbanding sel stem dewasa?

Sel stem embrionik manusia yang pertama dikembangkan di dalam vitro iaitu di dalam piring petri pada pertengahan tahun 1990-an. Dengan cepatnya para pengkaji berjaya dalam perkembangan sel tersebut untuk generasi yang banyak dan membolehkan pembahagian sel ke hampir kesemua bentuk sel, contohnya sel otak, sel jantung, sel hati, sel tulang, sel pankreas dan banyak lagi. Tetapi apabila mereka berusaha untuk mengembangkan sel stem dewasa, usaha mereka di akhiri dengan sedikit kejayaan kerana sel stem dewasa adalah lebih sukar untuk dibesarkan dalam vitro untuk lebih daripada beberapa generasi. Ini menyebabkan kepada kesimpulan yang mengatakan sel stem embrionik mempunyai kebolehan yang lebih daripada sel stem deawasa. Tambahan pula, keraguan etika dikaitkan dengan penggunaan sel stem embrionik telah menyebabkan pewakilan yang tidak adil terhadap sel stem embrionik di kalangan media.

Tetapi penyelidikan terkini dalam tempoh 2-3 tahun yang lepas telah membuktikan yang sel stem dewasa mempunyai keupayaan yang mampu disamakan kepada sel stem embrionik, dalam badan manusia, bukan pada tiub ujian. Banyak kajian telah membuktikan yang dengan hanya mengeluarkan sel stem daripada sumsum tulang mampu memberi sokongan pada badan untuk menjalankan proses pembaharuan badan secara semulajadi untuk tisu dan organ.


4. Apakah kesan STEMTech AFA ExtractTM?

STEMTech AFA ExtractTM adalah campuran dua sebatian yang diekstrak daripada bahan yang banyak digunakan iaitu sejenis tumbuhan air botanikal iaitu Aphanizomenon flos-aquae(AFA). Satu ekstrak, dimana mengandungi L-selectin ligand, membantu pengeluaran sel stem (CD34+ cells) daripada sumsum tulang secara semulajadi. Ekstrak seterusnya, salah satu bahagian yang kaya dengan polisakarida iaitu MigratoseTM membantu pemindahan sel stem keluar daripada darah ke dalam tisu.






5. Apakah sains di sebalik STEMTech AFA ExtractTM?

Kesan STEMTech AFA ExtractTM terhadap sel-sel diuji di dalam satu berganda buta, iaitu plasebo terkawal dalam satu kajian pelbagai pihak. Ringkasnya, sukarelawan di rehatkan selama satu jam untuk sebelum sampel darah pertama diambil, di mana ia menentukan jumlah sel-sel dalam peredaran badan sukarelawan pada permulaannya. Selepas pengambilan sampel darah yang pertama, sukarelawan seterusnya diberikan STEMTech AFA ExtractTM atau plasebo. Selepas itu, sampel-sampel darah diambil mengikut secara berperingkat setelah 30, 60 dan 120 pemberian STEMTech AFA ExtractTM atau plasebo. Kemudian jumlah sel-sel stem yang terdapat di dalam peredaran darah sukarelawan dikuantifikasikan dengan menganalisa sampel-sampel darah menggunakan Fluorescence-Activated Cell Sorting (FACS). Langkah-langkah ini kemudian dibuat semula dengan para sukarelawan beralih kumpulan. Ini dilakukan supaya sesiapa yang mendapat STEMTech AFA ExtractTM akan mendapat plasebo dan begitu juga dengan sebaliknya. Oleh kerana kajian ini adalah dilakukan secara tertutup, ahli-ahli pengkaji yang melakukan kajian juga tidak mengetahui yang mana adalah plasebo dan yang mana adalah STEMTech AFA ExtractTM. Melalui analisa kajian, penggunaan STEMTech AFA ExtractTM telah menggalakkan peningkatan sebanyak 25% terhadap jumlah sel stem di dalam peredaran darah badan manusia.


6. Berapakah jumlah STEMTech AFA ExtractTM yang dicadangkan untuk diambil?

1 gram atau 2 kapsul STEMTech AFA ExtractTM membantu pembebasan sel stem secara semulajadi dan itu meningkatkan jumlah sel stem tersebut di dalam kandungan darah badan manusia sebanyak 25% melalui kajian saintifik yang terkini. Dengan itu disarankan pengambilan kapsul tersebut dalam sukatan 2 kapsul, sekali atau dua kali dalam sehari.


7. Bolehkah STEMTech AFA ExtractTM mengurangkan kandungan sumsum tulang? Adakah kita mempunyai bilangan sel stem yang terhad?

Tidak , STEMTECH AFA EXTRACTTM tidak akan mengurangkan sumsum tulang. Sumsum tulang berterusan menghasilkan sel-sel stem untuk sepanjang hidup seseorang individu. Sel stem yang telah dikeluarkan oleh sumsum tulang adalah bertanggungjawab untuk pembaharuan yang berpanjangan sel darah merah dan limfosits (sel imun).

Peningkatan sebanyak 25 hingga 30 sel stem di dalam peredaran darah manusia adalah masih baik dari segi fisiologi dan ia tidak mengundang tekanan pada persekitaran sumsum tulang. Jumlah sumsum tulang yang aktif berjumlah kira-kira 2,600 g (5.7 lbs), dengan 1.5 trilion sel sumsum. Peningkatan 25-30% dalam jumlah sel stem dalam peredaran darah yang dicetuskan oleh penggunaan 1 gram STEMTech AFA ExtractTM adalah bersamaan dengan kira-kira 3 juta sel, dimana ia hanyalah sebahagian kecil daripada sel stem yang terdapat di dalam sumsum tulang. Sel-sel sumsum yang tidak dapat sampai kepada tisu-tisu atau menjadi darah akan kembali kepada sumsum tulang.


8. Apakah yang berlaku kepada sel stem jika ia tidak sampai ke sesebuah tisu?

Sel stem daripada tulang sumsum yang tidak sampai ke sesebuah tisu akan pulang semula ke tulang sumsum selepas suatu tempoh.

9. Bolehkah sel stem mendorong kepada sesuatu yang tidak normal seperti kanser?

Hanya sel stem embrio pernah dikaitkan dengan pertumbuhan sesuatu yang tidak normal. Sel stem yang wujud di dalam tisu-tisu khas seperti lendir keususan juga mungkin memainkan peranan dalam pertumbuhan sesuatu yang tidak normal. Tetapi, sel stem yang dilepaskan daripada tulang sumsum belum pernah lagi dikaitkan dengan masalah-masalah seperti itu.





10. Mengapakah StemTech HealthSciences dilantik untuk menggunakan saluran rangkaian pengedaran pasaran?

The Stem Cell Theory Of Renewal ( teori pembaharuan sel stem) telah menubuhkan sebuah paradigma baru di dalam sains kesihatan. Selain itu, STEMTech AFA ExtractTM adalah produk pertama di dalam kategori baru produk yang membawa pembaharuan yang dinamakan “stem cells enhancers”(penggalak sel stem). Penggalak sel stem adalah produk yang menyokong fungsi sel stem di dalam badan. Memandangkan kedua-dua konsep dan produk ini adalah sesuatu yang baru, usaha didikan yang penting diperlukan untuk membantu orang ramai menyedari tentang teknologi baru ini. Kuasa rangkaian menawarkan peluang yang unik untuk menjana kesedaran dan mendidik orang ramai tentang paradigma baru ini. Tambahan pula, saluran MLM menawarkan peluang yang unik untuk orang ramai menjalankan perniagaan di rumah dan mencapai kebebasan kewangan yang lebih bagus. .





11. Bagaimanakah pertambahan jumlah sel stem yang beredar di dalam badan boleh mendorong kepada kesihatan yang optimum?

Sel stem yang beredar boleh sampai kepada pelbagai organ dan menjadi sel kepada organ tersebut, membantu organ tersebut untuk mendapatkan semula dan mengekalkan kesihatan yang optimum. Kajian baru-baru ini telah mencadangkan bahawa jumlah sel stem yang beredar di dalam badan adalah kunci utama; semakin banyak jumlah sel stem yang beredar, semakin bagus keupayaan diri untuk memulihkan dirinya sendiri.


12. Apakah cara yang paling optimum untuk mengambil kapsul STEMTech AFA ExtractTM?

STEMTech AFA ExtractTM boleh diambil dengan atau tanpa makanan, walaupun sesetengah orang kadangkala terasa berat apabila mengambilnya dengan perut kosong. Pengalaman yang sama juga telah dilaporkan apabila mengambilnya dengan jus yang berasid seperti jus oren. Selain daripada itu, STEMTech AFA ExtractTM boleh diambil dengan sebarang jus buah atau sayur, atau dengan air.

Dalam kajian kami, STEMTech AFA ExtractTM selalunya diambil pada waktu pagi. Bagaimanapun, ada kemungkinan juga yang STEMTech AFA ExtractTM boleh membawa faedah yang lebih banyak jika diambil sebelum tidur, kerana badan dapat menjana semula dengan lebih baik ketika tidur. Kemungkinan- kemungkinan ini masih belum lagi dikaji. Pada peringkat ini, dengan data-data yang diperolehi, cara yang terbaik untuk mengambil STEMTech AFA ExtractTM adalah dengan mengambil 2 kapsul sekali atau dua kali sehari, pada waktu pagi atau pagi dan petang.


13. Adakah STEMTech AFA ExtractTM diluluskan oleh FDA?

Tidak. FDA tidak meluluskan pemakanan tambahan dengan cara yang sama FDA meluluskan sesetengah ubat dan peralatan perubatan. Tidak kurang dari itu, FDA tidak mengatur kualiti produk, keselamatan produk, dan dakwaan sesuatu produk, dan mempunyai kuasa untuk menyingkirkan produk-produk daripada pasaran yang tidak selamat atau yang membuat dakwaan tanpa disokong oleh bukti-bukti saintifik.


14. Adakah STEMTech AFA ExtractTM betul-betul semulajadi? Organik? Tidak diubahsuai secara genetik? Diperolehi dari ladang?

STEMTech AFA ExtractTM diperbuat daripada dua ekstrak daripada tumbuhan air Aphanizomenon flos-aquae (AFA). AFA tumbuh secara semulajadi di dalam tasik yang bebas dari pencemaran di Oregon Selatan, dengan itu ia tumbuh secara liar, tidak ditanam di ladang atau dimanipulasi dengan cara apapun, dan tidak diubahsuai secara genetik. STEMTech AFA ExtractTM dihasilkan oleh sebuah tempat yang disahkan organik dan ia (STEMTech AFA ExtractTM) disahkan organik.


15. Adakah terdapat sebarang kandungan sintetik didalam STEMTech AFA ExtractTM?Jika ada, nyatakan

STEMTech AFA ExtractTM diperbuat daripada 100% ekstrak semulajadi AFA.




16. Adakah STEMTech AFA ExtractTM betul-betul telah dipatenkan, atau syarikat ini hanya baru memohon untuk paten?

Sebuah paten telah dikeluarkan ke atas STEMTech AFA ExtractTM dan satu lagi telah difailkan. Paten yang telah dikeluarkan adalah Paten Kegunaan yang berhubung dengan kegunaan AFA untuk menyokong fisiologi sel stem. Paten kedua adalah Paten Kandungan yang berhubung dengan bahagian-bahagian spesifik di dalam AFA yang bertanggungjawab dalam sokongan sel stem.


17. Apakah perbezaan STEMTech AFA ExtractTM daripada keseluruhan AFA?

Keseluruhan AFA telah digunakan selama lebih daripada dua dekad dengan rekod yang baik terhadap faedah kepada kesihatan dan keselamatan. Keseluruhan AFA telah digunakan sebagai produk semulajadi anti-radang, sebagai sokongan sistem pertahanan, dan untuk memperbaiki kejelasan mental dan tenaga mental. Selama beberapa tahun lepas kumpulan saintifik StemTech telah mengasingkan dan mengenalpasti pelbagai bahagian di dalam AFA yang bertanggungjawab terhadap pelbagai faedah kesihatan kepada badan. Sebagai ringkasan, AFA ditemui mengandungi phenylethylamine (PEA) yang berperanan membekalkan perasaan mental yang bertenaga, phycocianin berperanan untuk anti-oksida dan ciri-ciri anti-radang, juga polisakarida yang berperanan untuk menyokong sistem pertahanan badan, dan yang paling baru sekali L-selectin ligand yang berperanan untuk menyokong pembebasan sel stem daripada tulang sumsum.

STEMTech AFA ExtractTM mengandungi kepekatan AFA sebanyak 5:1 dan menumpukan empat campuran yang disenaraikan di atas. Ia direka dan dibangunkan secara spesifik untuk menyokong fisiologi sel stem, tetapi ia juga menumpukan sebatian lain yang unik terhadap AFA, lalu membawa sokongan unik untuk keseluruhan badan.


18. Apakah cara lain untuk meningkatkan paras sel stem darah anda?

Disebabkan konsep yang menyokong pembebebasan sel stem seseorang dengan sendiri adalah sesuatu yang baru, kerja-kerja saintifik yang telah dijalankan adalah sangat sedikit untuk mengenalpasti sebatian atau keadaan yang meningkatkan pembebasan sel stem daripada tulang sumsum. Setakat ini STEMTech AFA ExtractTM adalah satu-satunya sebatian semulajadi yang telah menunjukkan sokongan terhadap pelepasan sel stem daripada tulang sumsum.



19. Apakah ramuan-ramuannya?

Ramuannya ada disenaraikan dalam kotak Supplement Fact (fakta pemakanan tambahan) pada label, seperti yang telah ditentukan oleh Akta Pemakanan Tambahan Dan Pendidikan. Sekali hidangan diperolehi daripada dua kapsul, menjumlahkan 1 gram ekstrak cyanophyta. STEMTech AFA ExtractTM diperbuat daripada hanya dua ramuan yang diekstrak daripada tumbuhan yang sama, Aphanizomenon flos-aquae.
Perundangan pelabelan memerlukan penyenaraian nutrien yang dijumpai di dalam jumlah yang lebih tinggi daripada 2% dari saranan seharian. Karotenoid dan protein dijumpai dalam jumlah yang bermakna dalam StenEnhance®. Dengan itu, karotenoid dan protein yang hadir secara semulajadi dalam STEMTech AFA ExtractTM telah disenaraikan dalam label. Karotenoid disenaraikan sebagai vitamin A kerana ia diukur sebagai sama banyak dengan RETINA.


20. Mengapa label pada STEMTech AFA ExtractTM menyatakan supaya berbincang dahulu dengan doktor anda jika anda sedang mengandung atau menyusu? Bagaimana jika saya hamil semasa dalam pengambilan STEMTech AFA ExtractTM?

Kebanyakan produk mengandungi amaran tersebut sebagai usaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan sebarang risiko yang diketahui ketika hamil. Kami tidak mengetahui sebarang bukti tentang pengambilan STEMTech AFA ExtractTM ketika tempoh kehamilan akan mewujudkan sebarang risiko kesihatan.


21. Adakah STEMTech AFA ExtractTM mengandungi iodin?

Kebanyakan orang mempunyai tanggapan bahawa semua alga adalah sumber iodin yang penting. Tetapi ini tidak termasuk tentang tumbuhan air segar Aphanizomenon flos-aquae (AFA). Pengambilan iodin yang dicadangkan untuk sehari (Recommended Daily Usage) adalah 150 mcg. AFA mempunyai jumlah iodin yang sangat sedikit, hanya 0.39 mcg untuk setiap gram. Bertentangan pula dengan alga laut dan rumpai laut sebagai sumber iodin yang penting. Sebagai contoh satu gram Kelp daripada spesies Laminaria digitata mengandugi kira-kira 5000 mcg iodin. Garam yang telah diiodinkan mengandungi 100 mcg bagi setiap gram dan satu sudu teh garam yang telah diiodinkan mengandungi 400 mcg iodin. Contoh makanan lain yang mengandungi iodin adalah sepotong roti mengandungi kira-kira 6 mcg dan satu telur bersaiz sederhana mengandungi 14mcg iodin.


22. Bolehkah anda mengambil STEMTech AFA ExtractTM jika anda sedang dirawat oleh pengamal perubatan untuk penyakit tertentu atau sedang mengambil apa-apa jua jenis ubat?

Seperti mana-mana pemakanan diet tambahan ianya adalah dicadangkan yang jika anda sedang dirawat oleh seorang pengamal perubatan atau sedang mengambil sebarang jenis ubat, supaya anda berbincang dahulu dengan orang yang merawat anda sebelum mengambil STEMTech AFA ExtractTM.


23. Kenapa pada label itu tertulis bahawa orang yang mengambil anticoagulant (ubat yang menghalang darah daripada membeku) perlu berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil STEMTech AFA Extract TM dan apakah maklumat yang doktor mereka perlukan?

Isu ini berhubung dengan ubat anticoagulant yang bernama CoumadinTM atau Warfarin. Orang yang mengambil Warfarin selalunya akan dinasihatkan oleh doktor mereka supaya memberi perhatian terhadap jumlah vitamin K yang terkandung di dalam diet mereka. Seperti makanan lain, STEMTech AFA ExtractTM mengandungi vitamin K yang hadir secara semulajadi. Jadi, pengambilan STEMTech AFA ExtractTM adalah seperti memakan makanan yang mengandungi vitamin K seperti brokoli atau bayam. Pengambilan vitamin K yang dicadangkan untuk sehari (Recommended Daily Allowance) adalah 80mcgs. Hanya beritahu doktor bahawa 2 kapsul STEMTech AFA ExtractTM mengandungi kira-kira 40mcgs vitamin K, iaitu separuh daripada pegambilan vitamin yang dicadangkan untuk sehari (RDA). Untuk memberi anda contoh perbandingan dengan makanan lain, satu cawan brokoli mentah, dicincang mengandungi kira-kira 110% daripada RDA (atau 88mcgs) vitamin K. Setengah cawan bayam , segar, dan direbus mengandungi kira-kira 560% daripada RDA(atau 3,584 mcgs) vitamin K.


24. Bolehkah STEMTech AFA ExtractTM diambil bersama sebarang ubatan? Sila lihat soalan-soalan lazim (FAQ) berhubung dengan STEMTech AFA ExtractTM dan ubat-ubat anticoagulant (ubat yang menghalang darah daripada membeku).

Untuk ubat-ubatan selain daripada anticoagulant, tidak ada sebarang tindak balas yang diketahui atau tanda-tanda yang berlawanan kecuali untuk tindak balas dengan ubat penenang secara teori yang mungkin sahaja. STEMTech AFA ExtractTM mengandungi sejenis nutrien yang hadir secara semulajadi dikenali yang sebagai PEA (phenylethylamine) seperti juga makanan-makanan lain yang hadir secara semulajadi. PEA adalah dihasilkan secara semulajadi oleh otak dan diketahui dalam penulisan untuk menyokong perasaan dan tenaga mental. PEA adalah sebatian semulajadi yang dihasilkan oleh otak bila-bila masa seseorang itu berasa puas hati dan gembira; ianya telah digambarkan sebagai “sebuah molekul keseronokan”. STEMTech AFA ExtractTM mengandungi kira-kira 5mg setiap gram untuk STEMTech AFA ExtractTM. Tindak balas dengan ubat penenang belum lagi dilaporkan tetapi ia adalah pertimbangan semula secara teori dan orang ramai harus berbincang dahulu dengan pengamal perubatan mereka.


25. Bolehkah STEMTech AFA ExtractTM diambil jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan?

STEMTech AFA ExtractTM mengandungi sejenis nutrien yang hadir secara semulajadi dikenali yang sebagai PEA (phenylethylamine) seperti juga makanan-makanan lain yang hadir secara semulajadi. PEA adalah dihasilkan secara semulajadi oleh otak dan diketahui dalam penulisan untuk menyokong perasaan dan tenaga mental. PEA adalah sebatian semulajadi yang dihasilkan oleh otak bila-bila masa seseorang itu berasa puas hati dan gembira; ianya telah digambarkan sebagai “sebuah molekul keseronokan”. STEMTech AFA ExtractTM mengandungi kira-kira 5mg setiap gram untuk STEMTech AFA ExtractTM.. Disebabkan terdapat kandungan PEA di dalam STEMTech AFA ExtractTM, terdapat sebuah kemungkinan secara teori yang ianya mungkin ada tanda-tanda berlawanan di dalam orang-orang yang mempunyai penyakit mania atau bipolar disorder. Ini adalah secara teori sahaja dan orang ramai harus berbincang dahulu dengan pengamal perubatan mereka sebelum mengambil STEMTech AFA ExtractTM. StemEnhance menyokong pelepasan sel stem kita secara semulajadi. Terdapat sebuah kemungkinan secara teori bahawa ia mungkin mempunyai tanda-tanda yang berlawanan terhadap individu-individu yang mempunyai penyakit berkaitan dengan sumsum tulang. Ini adalah secara teori sahaja dan tidak berasaskan sebarang kesan kesakitan yang diketahui. Orang ramai haruslah berbincang dahulu dengan pengamal perubatan mereka sebelum mengambil STEMTech AFA ExtractTM.


26. Bolehkah seseorang dari sebarang peringkat umur mengambil STEMTech AFA ExtractTM?

Ya, ikut sahaja arahan pada label dan buat demikian di bawah pengwasan orang dewasa.



27. Adakah kapsul-kapsul kami vegetarian?

Ya. STEMTech HealthSciences menggunakan kapsul-kapsul vegetarian yang biasa digunakan di dalam industri pemakanan tambahan. Kapsul tersebut tidak mengandungi gelatin haiwan dari sebarang jenis apa pun. Kapsul tersebut secara asasnya diperbuat daripada selulosa, sejenis serat polisakarida yang dijumpai di dalam sayur-sayuran.


28. Adakah pemeriksaan radiasi yang dilakukan oleh sesetengah perkhidmatan perkapalan menjejaskan produk-produk STEMTech?

Seperti mana yang kami tahu, produk-produk kami tidak terjejas oleh radiasi. Tambahan pula, STEMTech HealthSciences menawarkan khidmat perkapalan menggunakan FeDex, yang mana tidak menjalankan pemeriksaan radiasi terhadap pakej-pakejnya.